Jumaat, 25 Mac 2011

Iklan di samizul.net

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Anda mempunyai iklan untuk dipapar atau dikongsi di www.samizul.net? Saya mengalu-alukannya! Lebih menarik, ianya adalah PERCUMA! Untuk makluman, terdapat lima kategori iklan yang saya pertimbangkan untuk dipapar. Kategori tersebut ialah:-

1. Blogger
Anda seorang Blogger? Adakah Blog anda mempunyai Banner untuk saling ditukarkan? Klik SINI sekarang! Tempat adalah terhad! =D

2. Sumbangan Derma
Iklan yang bersifat sumbangan atau menderma. Contohnya, sumbangan untuk Badan Dakwah, Kebajikan, Anak Yatim atau/dan Piatu, Sekolah Tahfiz, Sekolah Agama dan lain-lain yang berkaitan untuk tujuan dana aktiviti dan sebagainya.

3. Sumbangan Khas
Iklan kategori ini lebih kurang juga dengan kategori Sumbangan Derma. Cuma, skopnya difokuskan kepada rayuan dari individu atau pihak yang ditimpa musibah seperti kemalangan, bencana, kos rawatan dan lain-lain yang berkaitan.

4. Promosi Khas.
Iklan ini biasanya untuk mempromosikan Isu Semasa [iklan Turunkan Harga Minyak, Petisyen, Memorandum dll], aktiviti ilmiah [Wacana, Ceramah, dll], dan aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri, sambutan perayaan, dan lain-lain aktiviti sosial yang memberi manfaat.

5. Perniagaan
Buat masa ini, saya tidak membuka ruang iklan dari pihak yang bersifat perniagaan. Namun, jika ada permintaan dan perbincangan lanjut, saya amat mengalu-alukannya.

Kesemua iklan berkenaan [kecuali kategori Blogger] hendaklah dikirimkan kepada saya melalui emel admin@samizul.net. Sila sertakan butiran berikut untuk tujuan rekod:-

a. Nama pengirim
b. Gambar atau pautan gambar untuk iklan [contoh boleh lihat iklan sedia ada]
c. Alamat atau pautan alamat web aktiviti / iklan berkenaan


Saya akan meneliti iklan-iklan yang dihantar. Pengirim boleh menyemak status iklan - sama ada telah dipapar atau tidak - dalam masa tiga [3] hari setelah diproses. Emel pengirim akan disimpan di tempat yang selamat dan tidak akan 'diselewengkan' untuk kepentingan lain.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila tinggalkan komen di bawah.

Sekian, terima kasih!


Kemasan Terakhir : 22 Julai 2011

Khamis, 24 Mac 2011

Selamat Datang!

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman blog saya - www.samizul.net. Semoga laman saya ini mampu memberikan anda faedah dan input yang baik.

Menu khidmat-masyarakat.samizul.net merupakan menu baharu dan 'termuda' yang ada di www.samizul.net.

Menu ini bertujuan untuk berkongsikan sebarang bahan yang boleh dimuat turun secara percuma yang ada dalam koleksi peribadi saya. Bahan-bahan ini cuba sedaya-upaya untuk menapis dan tidak membenarkan mana-mana bahan yang mempunyai Hak cipta atau secara umum melanggar undang-undang semasa yang terpakai.

Sekiranya para pengunjung mempunyai bahan yang ingin dikongsi bersama di sini, silalah maklumkan saya di alamat admin@samizul.net.

Begitu juga sekiranya anda menginginkan atau mencari sebarang bahan dan dipapar di sini untuk perkongsian bersama, sila tinggalkan komen di bawah ataupun mengirimkan emel ke admin@samizul.net.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat sesama kita selaku pengguna internet yang sentiasa dahagakan maklumat dan perkongsian bebas yang bersifat menang-menang.

Sekian, selamat memuat turun!